Perkahwinan Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail berkahwin dengan DYAM Che Puan Khaleeda Bustamam yang berusia 21 tahun di Istana Bukit Serene, Johor dalam majlis peribadi. Majlis penyerahan dilakukan oleh Mufti Johor Datuk Tahrir Samsudin. Penikahan diraja berlangsung di Dataran Bandaraya (atau 'city square') pada bulan November 2014.[7]

Khaleeda, anak perempuan Tan Seri Bustamam Tun Daud dan Puan Seri Dato' Aziyah Tun Aziz, adalah anak bongsu dari lima adik beradik dan dilahirkan di Kuala Lumpur.[8]

Pasangan diraja ini telah dikurniakan berdua baginda, anakanda sulung baginda berdua dan puteri sulung, diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Anakanda kedua baginda berdua dan putera sulung diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017. Anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 17 Julai 2019.

Rujukan

WikiPedia: Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail http://www.rtb.gov.bn/rtbnews/2008/Mei/080508/stor... http://news.asiaone.com/news/malaysia/big-crowd-jo... http://www.bernama.com http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://thestar.com.my http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/4/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/24/T... http://www.johordt.gov.my/images/uploads/dymm-smal... http://www.royalark.net/Malaysia/johor15.htm